Sunday, April 25, 2010

Hulu Selangor: Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Tingkat Nilai Hartanah

HULU SELANGOR, 24 April (Bernama) -- Harga hartanah di kawasan Sungai Buaya dan sekitarnya dijangka meningkat di antara 30 hingga 40 peratus apabila projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya siap.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor kerja-kerja pembinaan akan bermula pada suku pertama 2011 dan dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Katanya, persimpangan yang akan menyediakan akses kepada lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan pembangunan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang akan menelan belanja kira-kira RM90 juta.

Shaziman menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan projek pembinaan persimpangan itu adalah 'projek khas' bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor esok.

Projek pembinaan di Lebuh Raya Utara-Selatan ini adalah projek lazim bagi kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna kepada kanak-kanak di Sungai Buaya di sini pada Sabtu.

Katanya, projek itu sememangnya sudah dirancang kerajaan sejak dari dulu lagi termasuk dengan pembinaan persimpangan bertingkat di Alur Pongsu dan Bukit Gambir.

"Jika ada orang kata persimpangan bertingkat ini adalah penipuan daripada kerajaan, bagaimana dengan persimpangan bertingkat di Alur Pongsu dan Bukit Gambir yang hari ini ia sudah ditender dan ini menunjukkan sudah menjadi perkara lazim untuk kerajaan melakukan pembangunan secara terancang," katanya.

Shaziman berkata projek kerjasama antara syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan kementerian itu mengambil masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan proses pengambilan tanah.

Beliau juga berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi termasuk pejabat daerah dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi proses pengambilalihan tanah.

Beliau juga berharap kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan LLM dan kerajaan pusat mengenai isu pengambilalihan tanah itu.

-- BERNAMA

Hulu Selangor: Kunjungan Najib Ke Kampung Baru Cina Bawa Ceria Kepada Pesakit Buah Pinggang

HULU SELANGOR, 24 April (Bernama) -- Sejak lima tahun yang lepas, anggota keluarga Yeow Mor Chat, 77, memikul bebanan yang berat kerana terpaksa melunaskan bayaran perubatan yang tinggi bagi rawatan penyakit buah pinggangnya.

Dengan memperoleh kurang daripada RM1,000 sebulan, keluarga berpendapatan rendah itu yang tinggal di sebuah rumah papan lama di Kampung Assam Kumbang di sini, terpaksa membanting tulang bagi memenuhi keperluan harian.

Pada masa sama, mereka terpaksa bekerja keras mencari wang untuk membolehkan Yeow menjalani rawatan hemodialisis setiap minggu di sebuah pusat hemodialisis swasta di sini.

Bagaimanapun, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak singgah di rumah Yeow ketika melakukan tinjauan bagi kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anak perempuan Yeow, En Kuan Yin, 43, menguatkan semangat untuk memohon bantuan daripada pemimpin terulung negara itu.

Dalam respon segeranya, Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan membantu keluarga berkenaan, termasuk memperbaiki rumah mereka dan membeli empat mesin hemodialisis untuk ditempatkan di kampung itu bagi rawatan pesakit di sana.

Terdapat 16 pesakit buah pinggang di kampung itu dan kebanyakan mereka terpaksa mendapatkan rawatan di pusat hemodialisis swasta.

"Saya sangat gembira dengan bantuan Perdana Menteri kepada kami dan memberi respon segera. Saya tak tahu apa lagi nak cakap," kata Kuan Yin kepada pemberita selepas kunjungan Perdana Menteri itu.

Dalam lawatan itu juga, Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan memperuntukkan RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun sebagai bantuan kebajikan kepada 53 keluarga di Kampung Assam Kumbang.

Beliau meluluskan dana RM30,000 kepada Kelab Muhibbah Kampung Baru, Kuala Kubu Baharu untuk pembinaan sebuah bangunan baru.

Selepas melawat Kampung Assam Kumbang, Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam di bandar Kuala Kubu Baharu, bertemu dengan masyarakat di sana sebelum melawat ke Pusat Media yang diwujudkan oleh Jabatan Penerangan.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), melakukan lawatan sehari ke kawasan Parlimen ini bagi menyokong calon BN P. Kamalanathan dalam pilihan raya kecil itu esok, dengan melawat beberapa kampung baru dan tradisional di Rasa, Kalumpang serta Hulu Bernam.

-- BERNAMA

PDK Di Hulu Selangor Terima Peruntukan Hampir RM1 Juta

HULU SELANGOR, 19 April (Bernama) -- Hampir RM1 juta diperuntukkan untuk tujuh pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor hari Isnin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukkan RM945,000 itu akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan, operasi, program latihan dan pembelian kelengkapan di PDK terbabit.

"Ia akan memberi manfaat kepada 281 Orang Kelainan Upaya (OKU) di daerah ini," kata Shahrizat selepas majlis penyampaian geran PDK itu di Felda Gedangsa, Hulu Bernama, dekat sini petang ini.

PDK ialah pusat yang menjaga OKU secara percuma, memberi latihan, termasuk program intervensi awal supaya mereka mampu berdikari sebagai anggota masyarakat.

Sebanyak RM5.6 juta diperuntukkan kepada 37 PDK di seluruh Selangor.

Shahrizat berkata terdapat 409 PDK di seluruh negara melibatkan 18,473 OKU.

Bantuan BN bukanlah bayaran sekali sahaja seperti yang dilaksanakan pembangkang, katanya.

Pengerusi PDK Gedangsa Zulkafli Sulaiman, 48, berkata peruntukan RM150,000 kepada pusat OKU itu akan digunakan bagi tujuan operasi dan pengurusan selain menjalankan program dan latihan kepada OKU.

"Kita akan guna peruntukan ini sebaiknya untuk beri manfaat kepada 36 pelatih di Gedangsa," katanya.

-- BERNAMA

FELDA Belanja RM36.9 Juta Baikpulih Kebun Peneroka

HULU SELANGOR, 18 April (Bernama) -- Sebanyak RM36.9 juta dibelanjakan FELDA untuk membaikpulih kebun-kebun kelapa sawit terbiar di empat kawasan FELDA di sini lima tahun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata jumlah itu termasuk kos sara hidup peneroka-peneroka dari FELDA Soeharto, Gedangsa, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan, yang keluar daripada tanah rancangan itu pada 1995.

"Sepuluh tahun mereka terpisah, kebun semua tak terjaga sehinggalah Felda belanja RM36.9 juta untuk pulihkan kebun-kebun peneroka yang rosak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di FELDA Sungai Tengi dekat sini.

Peneroka-peneroka di lima FELDA di kawasaan Parlimen Hulu Selangor keluar daripada tanah rancangan itu kerana sebab-sebab tertentu, sebelum kembali semula ke pangkuan FELDA kecuali FELDA Sungai Buaya, kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno.

Ahmad yakin 6,904 pengundi FELDA akan mengenang jasa Barisan Nasional (BN).

-- BERNAM

Hulu Selangor: Impian Masyarakat Mendapatkan Sebuah Sekolah Cina Di Bukit Beruntung Menjadi Kenyataan

HULU SELANGOR, 18 April (Bernama) -- Setelah lebih sedekad menunggu, akhirnya masyarakat Cina di bandar Bukit Beruntung dan kawasan sekitar mendapat sebuah sekolah kebangsaan Cina dengan peruntukan RM6 juta daripada kerajaan pusat.

Sebelum ini, masyarakat itu menuntut supaya kemudahan itu diadakan berikutan mereka menghadapi masalah menghantar anak-anak mereka ke bandar lain seperti Serendah dan Kuala Kubu Baru.

Penantian itu berakhir apabila pengambilan pelajar SJK (C) Bukit Tangga berdekatan Bukit Tagar semakin menurun yang memaksa lembaga pengarahnya memindahkannya ke Bukit Beruntung dalam usaha mencukupkan bilangan pelajar dan pada masa yang sama dapat memenuhi permintaan masyarakat di Bukit Beruntung.

Berikutan itu, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi tujuan itu lewat tahun 2008.

Tetapi ia tidak berakhir di situ kerana seperti apa yang diceritakan oleh pengerusi lembaga sekolah itu, Wong Koon Mun, ia disebabkan kurangnya dana bagi mendapatkan sebidang tanah bagi membina bangunan bagi sekolah itu di lokasi yang baru.

"Bagaimanapun, dengan campur tangan kerajaan pusat, akhir tahun lepas, pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran telah dapat mencari satu lokasi yang sesuai bagi sekolah itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin secara peribadi melawat lokasi baru SJK (C) Bukit Tangga di Bukit Beruntung pada 8 Jan lepas.

Wong berkata kerajaan bersetuju untuk membeli 2.4hektar tanah berharga RM3 juta dan RM3 juta lagi bagi membina bangunan sekolah.

Dua hari lepas, Muhyiddin melakukan upacara majlis pecah tanah sekolah di Bukit Beruntung di mana beliau berkata peruntukan telah diluluskan tahun lepas dan ia tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raa kecil kawasan PArlimen Hulu Selangor.

"Kesemuanya kerajaan beri RM6 juta. Bukan mudah bagi kami untuk mengumpulkan wang sebanyak itu tanpa bantuan kerajaan pusat," kata Wong.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Mengutip Derma sekolah itu Lee Sang Ooi berkata memang sukar untuk mengumpul wang secukupnya dari masyarakat bagi membina mana-mana sekolah Cina yang baru tanpa bantuan kerajaan.

"Pada satu peringkat, masyarakat akan memberi sumbangan tetapi kita tidakboleh mengharapkan mereka unuk menyumbang setiap masa. Saya percay akerajaan kerajaan perlu memainkan perananya untuk membantu dalam usaha sedemikian.

"Oleh itu, apabila kerajaan pusat bersetuju membantu kami berikutan permohonan itu, ia melegakan kami," katanya.

Semasa majlis pecah tanah itu, Muhyiddin berkata sekolah vernakular merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan nasional dan oleh itu kerajaan akan terus membantu jika keperluannya begitu mendesak.

Sekolah baru itu dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini dan pengambilan baru akan bermula awal tahun depan dan impian itu akan menjadi kenyataan walaupun sebulan lalu ia nampaknya mustahil untuk dilakukan.

-- BERNAMA

Peneroka Felda Soeharto Lega Dapat RM1,500 Sebulan

Oleh Syed Azwan Syed Ali

HULU SELANGOR, 18 April (Bernama) -- Berbasikal selama sejam ke hujung kampung untuk mengerjakan kebun kelapa sawit adalah rutin harian Shaari Mat Jali, seorang peneroka di Felda Soeharto dekat sini sejak lebih 40 tahun lepas.

Di bawah terik matahari sambil menggalas sekarung baja seberat 25kg, peneroka tanah rancangan itu tidak pernah mengalah sekalipun kudratnya semakin berkurangan kerana menjengah usia emas.

Dalam usia awal 70-an itu beliau menggagahkan diri mencari rezeki sehinggalah takdir mengubah segala-galanya -- kaki kirinya terpaksa dipotong kerana jangkitan gangren pada November tahun lepas.

"Pakcik hilang arah (terdiam)... tak tau nak buat apa-apa," katanya mengimbas semula ketika beliau mula-mula mendapat tahu kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit yang disebabkan tabiat merokok beliau.

"Nasib baik ada bantuan Felda," kata Shaari yang kemudiannya menyerahkan kebunnya kepada anak syarikat Felda, Technoplant, untuk diuruskan dengan lebih baik sejak tahun lepas.

Kini dengan statusnya sebagai orang kelainan upaya (OKU), Shaari bergantung kepada pulangan hasil RM1,500 sebulan, bergantung kepada hasil kebunnya untuk menyara diri dan isterinya, Rahmah Harun, 67.

"Kalau dulu masa buat sendiri tanah, bulan-bulan tak dapat banyak dalam RM700. Baja kena beli sendiri, kalau tiada duit tak cukup baja takde buah takde hasil, hasil jadi kuranglah," kata Shaari yang menerima kunjungan penulis di rumahnya di blok lima Felda Soeharto di sini.

Penulis kebetulan berada di pejabat pengurus Felda itu untuk membuat tinjauan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor telah dijemput anak bongsu daripada 10 anak Shaari, Mohd Fadzil, 27, untuk ke rumahnya.

Mohd Fadzil ditemui ketika meminta bantuan kewangan bagi membeli kaki palsu ayahnya.

"Saya dah cuba zakat Selangor, dah dua kali, mereka kata ayah saya tidak layak sebab kami orang Felda," kata Fadzil, generasi kedua Felda sambil menggelangkan kepala kerana tidak memahami kenapa pusat zakat yang bertanggungjawab membantu orang Islam itu tidak dapat membantu keluarganya.

Mohd Fadzil yang menetap di Kota Damansara dan bekerja di pusat beli-belah Curve di Damansara, memerlukan kira-kira RM10,000 untuk membeli kaki palsu ayahnya yang kini bergantung kepada sebatang tongkat dan kerusi roda untuk bergerak.

"FELDA setuju bantu tapi bawah RM5,000, masih tak cukup," kata Mohd Fadzil merujuk kepada bantuan Tabung Sosial Ekonomi Felda yang berjaya beliau perolehinya, kelmarin.

Zaki Hussin, 51, penolong pengurus Felda Soeharto memberitahu Bernama bahawa pihaknya akan meluluskan bantuan maksimum RM5,000 di bawah tabung itu yang bertujuan membantu peneroka yang ditimpa musibah sama ada kerana penyakit kronik, bencana alam atau bagi memberi peralatan untuk kecacatan kekal.

"Maksimum yang dapat kita bagi RM5,000 sahaja untuk ringankan beban keluarga terbabit," katanya menambah Mohd Fadzil mempunyai pilihan untuk mengumpulkan sendiri dana yang beliau mahu daripada sanak saudara dan meminta daripada agensi berwajib lain.

Sambil berterima kasih kepada bantuan itu, Mohd Fadzil berkata beliau akan meminta bantuan sanak saudaranya namun pada masa yang sama terbuku dalam hatinya kepada pusat zakat Selangor tidak dapat membantunya hanya kerana beliau "anak Felda".

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah Persekutuan 1956 pada 1 Julai 1956 yang kini diletakkan di bawah pemantauan terus Jabatan Perdana Menteri dan mendapat perhatian istimewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bapa Najib, Allahyarham Tun Razak Hussein yang juga Perdana Menteri Kedua merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan FELDA yang bertujuan membantu warga peneroka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik melalui projek pembangunan tanah rancangan itu.

"Dulu saya kerja kampung sebelum masuk Felda tahun 1964, dulu azab di Felda ni, takde apa-apa kecuali lalang. Sekarang dah senang.. semuanya ada jalan berturap, elektrik, air, klinik, sekolah, masjid...boleh kata semuanya dah senang," kata Shaari, antara 20 peneroka pertama yang masuk ke tanah rancangan itu sejak 1964.

Shaari yang juga anak jati Sungai Selisek adalah antara 653 keluarga yang menetap di Felda Soeharto yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, kira-kira sejam setengah perjalanan dari Kuala Kubu Baru selaku pusat pentadbiran Hulu Selangor.

Ditanya mengenai pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor, Shaari yang merupakan antara 64,500 pengundi yang akan mengundi pada 25 April ini berkata, beliau akan memilih mereka yang buat kerja dan bukan banyak cakap politik.

Terdapat empat Felda di kawasan Hulu Selangor dengan lebih 6,000 pengundi, iaitu Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan kini menjadi tumpuan parti-parti bertanding termasuk Barisan Nasional (BN).

-- BERNAMA

Hulu Selangor: Khemah Hampir Tumbang Tak Halang Muhyiddin Terus Bersama Masyarakat Cina

HULU SELANGOR, 16 April (Bernama) -- Hujan lebat dan angin kencang pada Jumaat di tapak pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bukit Tangga di sini hampir menumbangkan khemah yang menempatkan orang kenamaan termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun ia langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bersama penduduk setempat.

Hujan turun dengan lebat sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri selesai melakukan upacara memecah tanah di tapak sekolah itu pada 3 petang, mengakibatkan beliau serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha dan orang kenamaan yang lain bangun dan beranjak ke bahagian kiri pentas kerana terkena tempias hujan.

Angin kencang juga menyebabkan kipas dalam khemah itu bergoyang dan khemah pula hampir tumbang. Bagaimanapun keadaan diselamatkan oleh beberapa pekerja tapak pembinaan dan anggota Rela yang bertindak pantas memegang tiang khemah bagi menahan ia daripada tumbang.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu Wong Koon Mun yang berucap pada masa itu menyatakan bahawa mengikut kefahaman orang Cina, air yang turun itu simbol kekayaan, merujuk kepada penyerahan cek RM3 juta oleh kerajaan pusat bagi pembinaan sekolah tersebut.

Dalam ucapannya pula, Muhyiddin juga berkata hujan yang turun itu merupakan satu petanda baik bagi Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau juga menjelaskan bahawa peruntukan itu diluluskan tahun lepas dan ia tidak ada kaitan dengan pilihan raya kecil itu.

Sekolah yang akan dibina di tapak seluas 2.4 hektar dijangka siap akhir tahun ini.

-- BERNAMA

Penduduk Pangsapuri Bukit Sentosa Berterima Kasih Kepada Kerajaan

HULU SELANGOR, 14 April (Bernama) -- "Dah boleh tidur lena, tiada lagi air tiris dan banjir selepas hujan," kata Mariah Juraid.

Suri rumah berusia 41 tahun itu yang menetap hampir 10 tahun di Pangsapuri Kos Rendah Seri Rose 2 di Bukit Sentosa di sini boleh menarik nafas lega sekarang kerana tidak perlu lagi risau rumahnya dibasahi air setiap kali hujan.

Beliau merupakan antara lebih 80 keluarga yang menetap di pangsapuri itu, yang mampu tersenyum, selepas 70 peratus bumbung rosak di pangsapuri itu hampir siap dibaiki.

Seorang lagi penduduk, Looi Tian Swee, antara penghuni terawal di kawasan itu berkata tindakan kerajaan membaiki bumbung rosak itu amat dihargai.

Looi, 54, berkata pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di kawasan itu juga seperti diumumkan kerajaan sebelum ini juga akan membantu lebih ramai kaum itu menetap di Bukit Sentosa.

"Sekarang banyak senang, tak macam dulu. Itu jam (masa dulu) air saja ada, api tiada selalu ada problem. sekarang sudah ok," katanya yang menetap di unit bawah pangasapuri itu bersama isterinya, Lim Swee Gick, 56.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Rose 2, Ahmad Daud Alwi, 50, berkata sekurang-kurangnya usaha kerajaan ini akan memberi nafas baru kepada penduduk.

Bagi suri rumah, Norasita Ishak, 38, beliau mahu pihak berwajib memantau proses membaiki bumbung supaya siap sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek keselamatan.

Pengarah Bina Warisan Enterprise, Ahmad Syah Abdul Rahman berkata kerja membaiki bumbung rosak itu sejak 19 Mac lepas dijangka siap 20 April ini, lima bulan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

"Kita berjaya siapkan bumbung ini dalam tempoh sebulan tanpa kompromi dari aspek kualitinya," kata Ahmad Syah ketika ditemui di pangsapuri itu pada Rabu.

Bina Warisan adalah antara 15 kontraktor yang dilantik Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS) bagi membaik pulih bumbung rosak di 50 blok pangsapuri kos rendah di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung melibatkan lebih 1,000 penghuni.

Tindakan itu ekoran arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lepas yang mahu masalah dihadapi penduduk kawasan itu diselesaikan selepas bumbung pangsapuri mereka rosak sejak beberapa tahun lepas akibat ribut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang melawat kawasan itu hari ini turut mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM2.1 juta bagi kerja membaik pulih bumbung berkenaan.

-- BERNAMA

Penduduk Hulu Bernam Terus Dibela - ADUN

HULU SELANGOR, 13 April (Bernama) -- Nasib penduduk di Hulu Bernam, satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor, terus terbela walaupun Selangor ditadbir oleh pakatan PKR-DAP-Pas, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam Datuk Mohamed Idris Abu Bakar daripada Barisan Nasional.

"Kita terus bantu ikut kemampuan kita walaupun kawasan Parlimen tidak diwakili BN," katanya ketika ditemubual di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Hulu Bernam di Kalumpang dekat sini pada hari Selasa.

Dua lagi kerusi DUN dalam kawasan Hulu Selangor ialah Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali, yang masing-masingnnya diwakili Wong Koon Mun dan Mohd Isa Abu Kasim, kedua-dua juga daripada BN.

Penyandang kerusi Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR meninggal dunia 25 Mac lepas akibat barah otak. Pilihan raya kecil bagi kerusi itu ialah pada 25 April ini manakal penamaan calon ialah pada 17 April.

Idris, yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor dan Pengerusi BN Hulu Selangor, mula berkhidmat sebagai wakil rakyat di Hulu Bernam sejak pilihan raya umum 1999.

Kawasan Hulu Bernam yang bersempadan dengan Tanjung Malim, Perak, di sebelah utara negeri Selangor mempunyai 11,600 pengundi Melayu, 3,073 pengundi Cina, 2,522 pengundi India, 118 pengundi Orang Asli dan 61 pengundi lain-lain.

Idris berkata ketika beliau mula menjadi wakil rakyat di kawasan itu, antara masalah yang dikenal pastinya ialah isu hak milik tanah di kampung baru Cina serta kesulitan yang dihadapi penduduk di empat kawasan Felda dan kampung-kampung tradisi yang banyak melibatkan golongan petani dan penoreh getah.

"Masalah hak milik tanah di kampung baru, misalnya, hampir 70 peratus telah diselesaikan masa BN perintah dan selebihnya telah kita uruskan sehinggalah kerajaan negeri bertukar," kata Idris.

Mengenai masalah melibatkan penduduk kawasan Felda Soeharto, Gedangsa, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan, beliau berkata dengan usaha berterusan daripada Felda, penduduk terbabit kini menikmati pendapatan bulanan antara RM1,200 dan RM1,500 sebulan.

"Mereka tidak lagi hadapi masalah. Tak perlu lagi perlu ke kebun, angkut baja dan bawa sabit, hanya tunggu pulangan setiap bulan. Ini belum dikira bonus yang penduduk Felda dapat menjelang raya dan hujung tahun," kata Idris.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah dihadapi generasi kedua masyarakat Felda yang tidak mempunyai rumah, kerajaan akan membina 250 unit rumah bernilai RM32 juta di kawasan seluas 14 hektar di Felda Soeharto.

Idris berkata pembelaan juga dipanjangkan kepada penduduk kampung tradisi seperti di Sungai Selisek dan penduduk Orang Asli di Changkat Bintang, kebanyakannya petani dan pekebun getah dengan bantuan kewangan dan kepakaran daripada Risda.

Beliau mengakui terdapat masalah tempatan seperti kemudahan jalan atau longkang pecah dan banjir yang perlu diselesaikan dari semasa ke semasa.

Mengenai bekalan air bersih di Hulu Bernam dan Kalumpang, Idris berkata pihak berkuasa sedang mengambil tindakan sewajarnya kerana proses menukar paip air pecah mengambil masa untuk disiapkan.

-- BERNAMA

Kerajaan Sedia Tangani Aduan Kurang Peluang Pekerjaan Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 11 April (Bernama) -- Kerajaan sedia menangani aduan penduduk di Hulu Selangor yang mendakwa berlaku kekurangan pekerjaan di kawasan itu sehingga memaksa penduduk tempatan berhijrah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata masih wujud peluang pekerjaan di kawasan itu dengan adanya sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta lima kawasan perindustrian dan 17 ladang di sekitar daerah Hulu Selangor.

"Rasanya ia tak jadi isu, di sini ada kawasan SME, ladang dan kawasan industri, majikan juga mengambil pekerja mengikut kesesuaian, serta menjaga kebajikan pekerja," katanya kepada pemberita selepas melawat Program Penempatan Pekerjaan (3P) anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Batang Kali di sini pada Ahad.

Maznah berkata di Selangor sahaja terdapat 37,321 peluang pekerjaan dari sektor swasta dan awam.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 300,000 pendaftar dalam portal www.jobsmalaysia.com yang sedang mencari pekerjaan dan lebih 79,000 majikan di seluruh negara dari sektor awam dan swasta yang menggunakan portal tersebut untuk mendaftarkan pekerjaan kosong dalam semua kategori.

Maznah berkata terdapat penurunan kadar pengangguran di negara ini di mana sehingga bulan lepas, hanya 3.5 peratus dicatatkan berbanding 3.6 peratus sepanjang 2009 dan empat peratus pada 2008.

Beliau menjangkakan kadar pengangguran akan semakin menurun memandangkan situasi ekonomi negara yang bertambah pulih daripada krisis ekonomi dunia.

Sementara itu, beliau berkata kementerian akan mewujudkan Jobs Malaysia Point iaitu kiosk-kiosk yang akan ditempatkan di kawasan umum seperti pasar raya dan hentian bas bagi memudahkan lebih ramai orang mendapatkan pekerjaan.

"Kementerian dalam usaha untuk mewujudkan Jobs Malaysia Point di tempat awam supaya orang tidak hanya mengharapkan pada karnival seperti acara 3P ini, tetapi mereka boleh pergi sepanjang masa di kiosk ini untuk tujuan mencari kerja dan penjodohan pekerjaan," katanya.

Pada majlis hari ini, 12 majikan menyertai karnival itu termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) yang menawarkan sebanyak 1,175 pekerjaan pelbagai peringkat kelulusan.

-- BERNAMA

Kerajaan Akan Pastikan Janji Pilihan Raya Hulu Selangor Ditunaika

HULU SELANGOR, 22 April (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua janji pilihan raya ditunaikan, berikrar akan melaksanakannya sejurus pilihan raya berakhir Ahad ini.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, walaupun amanah itu sesuatu yang berat tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab beliau akan segera menemui calon BN P.Kamalanathan bagi mendapatkan senarai janji yang dibuat untuk ditunaikan secepat mungkin.

"InsyaAllah, jika kita menang, selepas pilihan raya saya akan jumpa Kamalanathan serta tiga wakil rakyat BN di kawasan ini untuk meminta senarai janji-janji yang dibuat semasa berkempen.

"Kita akan senaraikan semua janji tersebut dan kita (kerajaan pusat) akan tunaikan secepat yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Peladang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) Hulu Selangor di pekan Kuala Kubu Baharu di sini, pada Khamis.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Arpan Satu dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Datuk Zainal Dahalan.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada satu Jamuan Makan Malam di Pusat Command BN di Bukit Sentosa mengumumkan pelantikan Noh untuk dipertanggungjawabkan memastikan semua janji pilihan raya ditunaikan.

Menurut Najib, hanya terdapat satu isu besar di kawasan itu dan ia berkaitan janji yang tidak ditunaikan.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, sebagai Menteri Kewangan beliau sedia meluluskan peruntukan bagi memastikan kerajaan menunaikan segala janji yang dibuat kepada pengundi.

Noh berkata, bagi menghargai kepercayaan Perdana Menteri beliau telah menjadikan Parlimen Hulu Selangor sebagai parlimen angkat untuk memastikan apa yang dijanjikan dapat ditunaikan segera oleh kerajaan.

"Saya hargai kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri. Saya telahpun jadikan parlimen ini sebagai parlimen angkat saya. Ini semua untuk memastikan semua janji yang dibuat dapat ditunaikan segera," katanya.

Pilihan raya kecil bagi parlimen Hulu Selangor akan berlangsung Ahad ini membabitkan pertandingan satu lawan satu antara Kamalanathan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Terdahulu Noh turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk menaiktaraf prasarana dan kemudahan pasar peladang tersebut yang telah beroperasi sejak lima tahun lepas.

-- BERNAM

Hulu Selangor: 100 Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya Terima RM50,000

HULU SELANGOR, 23 April (Bernama) -- Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka menerima wang pendahuluan RM50 ribu bagi pampasan tanah daripada kerajaan Persekutuan pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran pendahuluan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak.

Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf.

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas-bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan jalan susur keluar masuk Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini.

-- BERNAMA

PM Jamin Bantuan Kewangan Secukupnya Untuk Kamalanatha

HULU SELANGOR, 23 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bantuan kewangan secukupnya akan disalurkan kepada P. Kamalanathan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) itu menang pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Perdana Menteri berkata jaminan itu diberi beliau selaku Menteri Kewangan.

"Saya akan pastikan bantuan secukupnya untuk kawasan ini," kata Najib pada majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas-bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di daerah Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini.

Kamalanathan turut hadir di majlis itu.

Najib berkata beliau percaya Ketua Penerangan MIC itu akan menjadi wakil rakyat yang baik, sekiranya dipilih, selain mudah mesra dan mudah didekati kerana fasih berbahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris.

Kamalanathan akan ditentang Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

-- BERNAMA

Sungai Buaya Felda Settlers Make Their Voices Heard Again

HULU SELANGOR, April 20 (Bernama) -- After a 15-year wait, former settlers of the Sungai Buaya Felda scheme heaved a sigh of relief over an announcement that the Sungai Buaya tiered interchange will finally be built next year.

The project will be a catalyst to the development Bandar Baru Sungai Buaya - what was previously the Sungai Buaya Felda scheme.

To the former settlers, it would mean the developer, who acquired the land from them, would be able to repay the balance of their compensation which was long overdue.

The 1,240ha area is being developed by a company which look after the settlers' interest, Murna Jaya Development Sdn Bhd, since 1994.

"We are suffering for so long... our money have turned into ash," said Jamaji Mohamed, 65, who was among 363 pioneer settlers of the Sungai Buaya Felda scheme which was opened in 1964 before it was acquired for development in mid 1990s.

The Sungai Buaya tiered interchange, which will provide access to more than 100,000 users in the development areas of Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah and north Rawang, is expected to be built in the first quarter of 2011.

Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said the joint project between the concession company, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), and the ministry took some time before it could be implemented as it involved the process of land acquisition.

The tiered interchange that would be erected at the KM436 North-South Expressway between the Rawang Tiered Interchange (KM444) and the Bukit Beruntung Tiered Interchange (KM428), is expected to cost RM90 million, which would be borne by PLUS, excluding the cost of land acquisition.

Jamaji said the settlers were each promised RM1 million in compensation or a house but to date they only received RM270,000 in installments.

"We are claiming our rights," said Jamaji when met at a coffee shop in Bandar Baru Sungai Buaya near Kuala Kubu Baru here on Tuesday.

Fish trader Khairul Mohd Ahya, 49, who is a second-generation Felda settler, said the settlers were not embroiled in the political issues raised by the opposition in the Hulu Selangor parliamentary by-election campaign.

"What is important, we want a candidate who can help us get the balance of our compensation," he said, adding that he sued Murna Jaya in 2002 for not paying the balance of the compensation.

The 1997 economic downturn was said to have affected Murna Jaya's cash flow.

"The court said wait until the land can be sold. If an interchange is built, maybe the land can be sold. So we want all quarters, including the state government, to facilitate the construction of the interchange so that it can be built quickly," added Khairul.

Until 1995, Hulu Selangor had five Felda schemes in Sungai Buaya, Soeharto, Gedangsa, Sungai Tengi and Sungai Tengi Selatan.

The settlers left the schemes for 10 years before returning to toil the land again except for Sungai Buaya Felda settlers, who still have high hopes of getting the rest of their compensation.

In the meantime, most of them are eking out a living with some forced to do menial jobs like taxi drivers.

With Barisan Nasional and opposition leaders descending on Hulu Selangor in droves in the run-up to the by-election over the weekend, the settlers are making their voices heard again.

-- BERNAMA

PM Says BN Will Channel Sufficient Fund If Kamalanathan Wins

HULU SELANGOR, April 23 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak assured the people of Hulu Selangor on Friday that sufficient fund will be channelled to the area through P. Kamalanathan if the Barisan Nasional's (BN) candidate wins the by-election on Sunday.

"I will make sure that sufficient allocation is given to this area," he said during the presentation of checks to former Felda settlers and handing over of aid to mosques and surau in Hulu Selangor at Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya here.

Najib said he believed that the MIC information chief would be a good people's representative.

He said Kamalanathan would also make a people-friendly assemblyman owing to his ability to communicate in Malay, Tamil and English.

Kamalanathan, who was present at the event, is up against Parti Keadilan Rakyat's Datuk Zaid Ibrahim in the by-election.

-- BERNAMA

Persimpangan Bertingkat Sg Buaya Mula Dibina Awal 2011

April 14, 2010 21:5

HULU SELANGOR, 14 April (Bernama) -- Persimpangan bertingkat Sungai Buaya yang akan menyediakan akses kepada lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan pembangunan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang dijangka mula dibina pada suku pertama 2011.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata projek kerjasama antara syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan kementerian itu mengambil masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan proses pengambilan tanah.

Persimpangan bertingkat yang akan dibina di KM436 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Persimpangan Bertingkat Rawang (KM444)dan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung (KM428), dianggarkan bernilai RM90 juta, yang akan ditanggung PLUS, tidak termasuk kos pengambilan tanah.

"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah mula berunding dengan pejabat daerah terbabit dan Unit Perancang Ekonomi Selangor. Kementerian harap dapat laksanakannya suku awal tahun depan kerana libatkan pengambilan tanah antara 20 hingga 24 hektar," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja naik taraf sistem pembentungan di Kampung Sentosa, Batang Kali dekat sini petang ini.

Baru-baru ini PLUS mengumumkan mengenai rancangannya untuk membina tiga persimpangan di Alor Pongsu di Perak, Bukit Gambir, Johor dan Sungai Buaya, Selangor bagi kemudahan pengguna lebuh raya.

Mengulas mengenai persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Shaziman berkata projek itu ditangguhkan pada 1997 ekoran kegawatan ekonomi selepas kerajaan Selangor pada 1995 bersetuju membina persimpangan bertingkat itu dengan kosnya ditanggung pemaju.

Beliau berkata pembinaan persimpangan bertingkat itu akan merancakkan ekonomi rakyat di Hulu Selangor ekoran kehadiran dua kilang gergasi iaitu Perodua dan Tan Chong Motor Assembly Plant selain beratus-ratus kilang kecil di kawasan terbabit.

Menteri itu berkata harga hartanah di kawasan terbabit dijangka meningkat 30 hingga 40 peratus apabila persimpangan bertingkat itu siap sepenuhnya dengan kesan ekonomi positif seperti pengurangan kos pengangkutan dan logistik.

Mengulas mengenai tinjauannya petang ini, Shaziman berkata ia adalah susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal bulan ini yang mengumumkan peruntukan RM2 juta melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali.

Shaziman berkata sistem pembentungan yang menjadi punca masalah banjir membabitkan lebih 5,000 penduduk di sekitar kawasan itu akan digantikan JKR selain Jabatan Parit dan Saliran (JPS) melakukan kerja mendalamkan dan melebarkan Sungai Batang Kali.

Beliau berkata kerja-kerja menggantikan sistem pembentungan itu akan dilakukan tiga minggu dari sekarang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu dan dijangka siap tiga bulan kemudiannya.

Batang Kali terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengadakan pilihan raya kecil pada 25 April ini ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Pada sidang media itu, Shaziman turut mempersoalkan mengenai tindakan kerajaan negeri yang hanya memberikan RM1 juta kepada kawasan itu sedangkan kerajaan pusat memperuntukkan RM315 juta bawah dana Malaysian Road Registered Information System (MARRIS) bagi kerja penyelenggaraan jalan-jalan tempatan.

Beliau berkata Hulu Selangor mempunyai 220km jalan dan peruntukan kecil itu bermakna hanya RM2,500 diperuntuk bagi menyelenggara setiap kilometer jalan di kawasan itu untuk tempoh sebulan.

Menteri Kerja Raya itu tidak menolak kemungkinan peruntukan kecil itu menyebabkan daerah itu menghadapi masalah penyelenggaraan jalan-jalan termasuk lampu jalan kerana dana diperuntukkan kerajaan negeri tidak mencukupi.



-- BERNAMA

Noh jadi pengawas pantau janji BN ditunai

KUALA KUBU BHARU: Pelantikan Datuk Seri Noh Omar sebagai `pengawas' di Hulu Selangor akan memastikan Barisan Nasional (BN) memantau semua janji dan mengelakkan berlakunya kes terlepas pandang seperti sebelum ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap janji akan ditunaikan segera bagi mengelakkan rakyat marah kerana mendakwa kerajaan hanya pandai menabur janji .

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut memberi jaminan kerajaan sekarang bukan hanya pandai bercakap dan rakyat seharusnya menilai perubahan itu. "Pengalaman lalu apabila kita terlepas pandang kerana maklumat tidak sampai dan kemungkinan lain menyebabkan ada janji tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Bagaimanapun, kepemimpinan sekarang akan pastikan semuanya dibuat dan sekarang pun ada janji kita sudah ditunaikan. Respon masyarakat seharusnya baik terhadap kita apabila melihat komitmen dan keikhlasan yang ditunjukkan kerajaan," katanya.

Muhyiddin turut berpuas hati dengan jentera kempen BN yang memberi penjelasan terperinci kepada pengundi berhubung pelbagai isu berbangkit.

"Pilihan raya ini penting kerana ia ukuran terhadap usaha transformasi dan pembaharuan yang kita buat. Jadi, yang penting kita perlu fokus dengan apa yang dilakukan. Saya percaya rakyat faham apa yang kita buat, apatah lagi dengan keadaan pembangkang yang tunggang-langgang," katanya.
Ditanya mengenai kempen pembangkang yang banyak bertumpu di Felda, Muhyiddin berkata, beliau yakin masyarakat Felda tidak terpengaruh dengan fitnah kerana mereka tahu apa sebenarnya berlaku.

"Mereka (pembangkang) ingat boleh tarik undi Felda dan orang Melayu, tetapi kita sudah jelaskan kepada masyarakat Felda hal sebenarnya dan mereka faham. BN tidak saja berkempen di Felda, malah di kampung Orang Asli, kampung baru, pekan, bandar, pedalaman, dan semua tempat," katanya

Hulu Selangor Dapat E Kiosk

SERENDAH: Hulu Selangor menjadi daerah pertama di Selangor menerima kemudahan e-kiosk yang menjadi pusat sehenti masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, 11 e-kiosk dengan jenama ‘Generasi Digital’ itu ditempatkan di 11 mukim dalam daerah berkenaan bagi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi satu megabit sesaat.

"Melalui khidmat e-kiosk itu, orang ramai boleh mengakses maklumat mengenai agensi kerajaan, asuhan keagamaan, kesihatan dan berita secara talian," katanya selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Serendah, di sini. Penempatan e-kiosk itu antara inisiatif diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 24 Mac lalu.

E-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta.

Sebanyak 23 perkhidmatan e-kiosk akan ditempatkan di seluruh Selangor secara berperingkat.

Rais berkata, beliau hendak mempercepatkan agihan perkhidmatan e-kiosk itu ke Sabah dan Sarawak agar mereka di pedalaman tidak ketinggalan dalam dunia digital.
Di samping itu, beliau juga meminta masyarakat memberikan maklum balas mengenai perkhidmatan e-kiosk agar perkhidmatannya dapat diperbaiki.

Sementara itu, Rais yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata isu, yang dibangkitkan pembangkang, termasuk Apco Worldwide tidak sesuai dijadikan bahan kempen pilihan raya kecil terutama di kawasan kampung dan pedalaman.

Beliau berkata, masyarakat pedalaman lebih berminat mendengar isu setempat seperti pembangunan pendidikan, pekerjaan dan gaji berbanding isu nasional seperti Apco.

"Pembangkang kehilangan modal untuk berkempen. Saya berpendapat isu yang dibangkitkan pembangkang seperti isu Apco tak masuk akal, “ katanya

Rasmi: Calon BN, P. Kamalanathan menang di Hulu Selangor

Rasmi: Calon BN, P. Kamalanathan menang di Hulu Selangor

25/04/2010 9:19pm

HULU SELANGOR 25 April - Berikut keputusan penuh dan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):

P. Kamalanathan (BN) mendapat 24,997 undi, manakala Zaid Ibrahim (PKR) mendapat 23,272 undi, dengan majoriti memihak kepada BN sebanyak 1,725 undi. - Utusan

BN ikut kehendak rakyat

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


KETUA Penerangan MIC, P. Kamalanathan dikelilingi penyokong setelah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam.

''Saya akan berenang, timbul dan tenggelam bersama-sama penduduk Hulu Selangor." Itulah laungan yang dilafazkan oleh P. Kamalanathan sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Walaupun menyedari tanggungjawab berat yang dipikul bagi menegakkan kembali panji-panji BN yang 'dicabut' oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 198 undi dalam pilihan raya umum lalu, namun Kamalanathan tetap tenang dan senyuman sentiasa terukir.

Biarpun sebelum ini nama Timbalan Ketua MIC kebangsaan, V.Mugilan disebut-sebut sebagai calon paling sesuai namun pucuk pimpinan BN dengan persetujuan MIC telah sepakat untuk mencalonkan Kamalanathan.

Ia kerana dari segi kriteria, Ketua Penerangan MIC itu tidak ada kurangnya dengan Mugilan atau lebih tepat lagi apa yang dimahukan oleh pengundi iaitu anak tempatan, orang muda dan berkelulusan tinggi.

''Pemilihan Kamalanathan adalah bertepatan dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana kita membuat keputusan memilih beliau selepas turun bertemu pengundi semua kawasan dalam tempoh dua minggu ini. Kita sepakat memilih Kamalanathan kerana itulah kriteria calon yang dimahukan oleh rakyat," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ternyata walaupun terpaksa menempuh perbincangan yang agak panjang dan bak kata Muhyiddin secara berseloroh bahawa sejak dua hari ini beliau tidak tidur lena kerana terbayang wajah Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu tetapi BN berpuas hati kerana memilih calon yang memenuhi impian pengundi.

Oleh itu, soal calon sudah tidak menjadi isu lagi, apa yang lebih utama sekarang ialah jentera BN bergerak habis-habisan untuk memenangkan Kamalanathan bukan atas sifatnya untuk menjadikan beliau sebagai wakil rakyat tetapi demi BN dan kesejahteraan rakyat Hulu Selangor.

Penulis difahamkan pemilihan Kamalanathan melegakan jentera BN yang sebelum ini agak risau jika individu yang tidak disenangi oleh pengundi menjadi calon. Justeru tidak hairanlah sebaik sahaja Muhyiddin mengumumkan nama Kamalanathan, keseluruhan jentera BN berikrar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan parti itu mencapai kejayaan.

Biarpun PKR menguar-uarkan bahawa calon mereka, Datuk Zaid Ibrahim sebagai 'calon heavyweight' namun pemilihan Kamalanathan dilihat mempunyai banyak kelebihan. Selain anak tempatan, rekod Kamalanathan sebagai seorang ahli politik tidak pernah tercemar biarpun sudah bergelumang dengan politik sejak berusia 18 tahun apabila menjadi ahli MIC cawangan Rawang.

''Dia tidak ada skandal atau rekod buruk, saya sudah check latar belakangnya, saya yakin inilah calon paling sesuai untuk BN dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat Hulu Selangor dapat dibela," kata Muhyiddin.

Sebab itulah, Muhyiddin sepanjang majlis pengumuman berkenaan dilihat cukup tenang dan ceria. Ini kerana beliau memahami bahawa BN telah membuat pemilihan yang tepat biarpun memakan sedikit masa.

Apa yang dilakukan oleh BN adalah demi kesejahteraan rakyat Hulu Selangor kerana BN tidak mahu mereka terus terpedaya dengan permainan politik PKR yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya.

Berdasarkan kepada perkiraan itulah Muhyiddin dalam ucapannya ketika mengumumkan calon BN tersebut menegaskan bahawa apabila pilihan raya kecil itu berakhir, semua jentera parti akan kembali ke kawasan masing-masing dan yang akan tinggal ialah penduduk Hulu Selangor.

''Kita mahu pastikan BN berjaya di sini supaya kehidupan rakyat di Hulu Selangor terjamin, tiada gunanya pengundi memilih calon PKR yang pastinya akan kembali ke Kota Bahru apabila menang," kata Muhyiddin.

Apa pun keadaannya, gendang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor sudah dipalu. Kamalanathan kini menjadi harapan BN untuk merampas kembali kerusi tersebut dan sebagai anak tempatan, beliau sudah pasti tahu apa yang hendak dilakukan.

Kamalanathan akan menagih undi bukan untuk MIC tetapi untuk BN. Oleh itu pengundi-pengundi di Hulu Selangor yang memahami rekod cemerlang BN dalam mentadbir negara tidak harus melepaskan peluang keemasan ini.

Mereka perlu menaruh keyakinan dan memberi peluang kepada BN untuk kembali menguasai kawasan Parlimen berkenaan dan tidak harus terjerat dengan permainan politik PKR yang bertanding semata-mata untuk mencalarkan imej BN.

Jika PKR serius membela nasib penduduk Hulu Selangor sudah pastilah mereka tidak akan memilih Zaid sebaliknya akan meletakkan calon anak tempatan. PKR bukannya tidak ada pilihan tetapi Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja berbuat demikian atas harapan dengan profail tinggi yang kononnya dimiliki oleh Zaid, parti itu akan dapat mempertahankan kerusi Hulu Selangor.

Bagaimanapun dengan pemilihan Kamalanathan, ia memberikan tamparan hebat kepada PKR yang sebelum ini amat berharap Timbalan Presiden MIC, Datuk G.Palanivel menjadi calon BN. Mereka tahu sentimen penduduk terhadap Palanivel, justeru mereka berharap akan mendapat undi protes. Tetapi PKR terlupa bahawa BN tidak pernah ketandusan calon dan pemilihan Kamalanathan sudah membuktikan hakikat itu.

BN kini mempunyai kelebihan untuk meraih undi daripada generasi muda kerana sebagai calon yang datang daripada golongan berkenaan, Kamalanathan sudah tentu memahami kehendak mereka.

Apa pun perjuangan baru bermula, BN tidak boleh memandang ringan pertarungan di Hulu Selangor kerana ia amat penting untuk parti tersebut. Setelah isu calon sudah tidak lagi menjadi beban, sasaran BN sekarang ialah meyakinkan seluruh pengundi tanpa mengira kaum untuk kembali memilih parti itu.

Dalam soal ini, adalah penting semua komponen BN bersatu hati dan bekerja sebagai satu pasukan. Seperti mana kata Muhyiddin, mereka perlu bergerak dengan memakai 'baju' BN dan bukannya parti masing-masing. Ia kerana sama ada Kamalanathan menang atau kalah, ia pasti membabitkan nama BN.

Bagi memastikan tiada apa-apa yang boleh menjejaskan peluang BN, tiada mana-mana individu pun berhak meneruskan kekecewaan berpanjangan sehingga ia menggugat semangat perjuangan BN. Kalau benar mereka ahli parti yang setia, berhasrat berbakti untuk parti, maka buktilah dengan kata-kata dan bukannya 'terus merajuk', apatah lagi kalau individu berkenaan mempunyai jawatan dalam parti.

Kini di bahu Kalamanathan terletak harapan yang tinggi tetapi semuanya bergantung kepada keberkesanan jentera BN sebab itulah dalam akhir ucapannya, Kamalanathan membaca serangkap pantun, ''Buah rambutan di luar pagar, ambil galah tolong jolokan, saya budak baru belajar, tolonglah bantu saya untuk memartabatkan Barisan Nasional, barisan kita."

Mungkin pantun yang dilafazkan dalam 'versi baru' tetapi ia cukup memberi makna kepada seorang anak tempatan yang benar-benar perlu diberi peluang untuk berbakti kepada masyarakatnya. Ini hanya boleh tercapai jika panji-panji BN kembali tertegak di bumi Hulu Selangor

Terima kasih Barisan Nasional'

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

HULU SELANGOR 20 April - "Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana menyelesaikan masalah kami yang telah berlarutan sejak setahun lalu, semoga jasa baik ini dirahmati oleh Allah,".

Demikian ungkapan ikhlas seorang penghuni Pangsapuri Bakawali, Bukit Sentosa, Rahmah Mahmud, 50, selepas kerajaan BN campur tangan membantu menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang dihadapi mereka sejak setahun lalu.

Katanya, sebelum ini, pelbagai usaha dilakukan oleh penduduk termasuk menyerahkan memorandum bagi memohon bantuan kerajaan negeri Selangor supaya menyelesaikan isu itu tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

"Sudah banyak kali masalah ini kami ketengahkan tetapi kerajaan negeri yang diperintah pembangkang hanya sekadar datang melawat, namun, tiada sebarang usaha konkrit diambil bagi mengembalikan bekalan air yang dipotong.

"Kami ini tidak ubah seperti pengemis kerana terpaksa meminta ihsan jiran-jiran dari taman bersebelahan untuk mendapatkan air bagi menguruskan kehidupan.

"Malah, sebahagian daripada penghuni pangsapuri ini terpaksa menjadi 'penyamun' apabila membuat penyambungan paip sendiri bagi mencuri bekalan air dari rumah teres yang tidak dihuni," katanya dalam linangan air mata di sini hari ini.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, Datuk Seri Noh Omar bersama kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) turun padang bagi menyambung semula tangki pukal demi membolehkan kira-kira 40 keluarga di pangsapuri tersebut menikmati bekalan air semula.

Terdahulu, Noh ketika ditanya pemberita berkata, sambungan semula bekalan air itu dapat dilaksanakan selepas kerajaan BN membayar RM31,000 daripada jumlah keseluruhan RM47,000 bil air tertunggak kepada Syabas.

Menurutnya, langkah segera yang diambil itu adalah bukti bahawa kerajaan BN mengutamakan rakyat walaupun sebenarnya tugas itu merupakan tanggungjawab pembangkang yang mentadbir Selangor sekarang.

"Kita adalah sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan ia bukan hanya sekadar janji sebaliknya dibuktikan melalui tindakan seperti bekalan air.

"Pada hal ia tanggungjawab pembangkang dan ketika bekalan dipotong tahun lepas, Selangor di bawah pemerintahan mereka," jelasnya.

Mengenai permintaan penghuni yang mahukan meter individu, beliau berkata, Syabas sedia memenuhi kehendak tersebut selepas sijil layak menduduki dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu, seorang lagi penghuni, Norashidah Abdul Sukir juga mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mereka.

Jelasnya, sebelum ini, beliau terpaksa mencuci pakaian dan membasuh pinggan pada awal pagi disebabkan ketiadaan air.

"Kami tidak dapat melakukannya pada sebelah malam atau siang kerana tekanan air sangat rendah memandangkan semua penghuni di sini berkongsi saliran paip yang sama

Saya berjanji bekerja 'siang dan malam' - Kamalanathan

HULU SELANGOR 15 April - Calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan, 44, berjanji untuk bekerja keras 'siang dan malam' demi kebajikan rakyat di kawasan Hulu Selangor sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 25 April depan.

Kamalanathan juga berjanji untuk menjadikan dirinya milik rakyat dengan tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan Hulu Selangor, seiring dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini jika BN kembali memerintah Selangor.

Katanya, pendekatan mesra rakyat akan digunakan bagi memenangi hati pengundi dengan matlamat utamanya adalah untuk menyedarkan rakyat di kawasan itu betapa pembangunan akan hadir serta-merta jika calon BN menguasai semula negeri ini.

''Saya yakin akan menang dan faham apa yang diperlukan penduduk di sini. Saya akan berenang, timbul atau tenggelam bersama rakyat Hulu Selangor dan tidak akan pulang ke Kota Bharu sebaik memenangi pilihan raya.

''Seluruh jentera akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN di sini. Iltizam saya adalah untuk berikhtiar sehabis mungkin bagi menghadiahkan Hulu Selangor kepada Perdana Menteri sempena setahun mentadbir kerajaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 5,000 penyokong di Markas Induk BN di Bukit Sentosa di sini hari ini.

Pemilihan Kamalanathan melenyapkan spekulasi mengenai pemilihan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. palanivel dan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan sebagai calon BN di kawasan berkenaan.

Kamalanathan menambah, beliau hanya mengetahui mengenai pencalonannya tengah hari tadi setelah dimaklumkan oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Katanya, beliau benar-benar terharu dengan kepercayaan diberi MIC dan BN sehingga menitiskan air mata.

''Umpama askar yang diarah ke medan perang, saya akan bekerjasama dengan askar-askar lain bukan sahaja untuk mempertahankan kubu malah bergerak gagah menawan kubu lawan," ujarnya.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Palanivel pada majlis itu, beliau percaya Timbalan Presiden MIC itu turut merestui pencalonannya pada pilihan raya berkenaan.

''Saya dicalonkan kerana restu Presiden dan Timbalan Presiden BN serta MIC. Begitu juga dengan majlis tertinggi parti dan pemimpin komponen BN, kebanyakan mereka hadir ke sini memberi sokongan.

''Saya kenal para penyokong Palanivel dan telah bertemu dengan mereka. Mereka akan terus saya dekati bagi mendapatkan kerjasama kerana saya tidak boleh berdiri seorang diri," katanya.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC bagaimanapun enggan mengulas mengenai lawannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

''Saya tidak mahu ulas tentang beliau. Biarlah kerja kita yang membuatkan BN menang dan kita akan turun padang. Apa yang penting, saya tidak akan pulang ke Kota Bharu sebaik menang kerana saya cuma tinggal di Sungai Choh, Rawang," katany

"Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menunaikan janji memperbaiki kediaman kami di sini''. Demik

Utusan Malaysia. HULU SELANGOR 21 April - "Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menunaikan janji memperbaiki kediaman kami di sini''.

Demikian reaksi penghuni yang ditemui Utusan Malaysia di rumah pangsa Seri Anggerik dan Seri Cempaka di sini yang nyata gembira dengan perubahan kediaman mereka.

Rata-rata mereka berpendapat, peruntukan RM15.6 juta untuk membaik pulih 5,000 unit kediaman yang diumumkan Perdana Menteri Januari lalu itu membuktikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah 'juara rakyat'.

Mereka berkata, ia juga membuktikan keikhlasan yang ditunjukkan UMNO dan BN untuk terus membantu rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Mohd. Safri Anuar Wahid, 23, berkata, bantuan yang diberikan itu merupakan komitmen kerajaan di bawah Perdana Menteri yang sentiasa komited dalam menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

Menurutnya, slogan 'juara rakyat' jelas membuktikan UMNO dan BN merupakan pejuang rakyat yang sebenar.

"Tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin dan bersungguh-sungguh membantu rakyat," katanya.

Najib sewaktu merasmikan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Januari lalu mengumumkan peruntukan RM15.6 juta bagi membaik pulih 52 blok pangsapuri di sekitar kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa di sini.

Maznah Mahadi, 47, berkata, ia merupakan sumbangan cukup besar kerajaan BN untuk membantu rakyat terutamanya para penghuni pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa.

"Bantuan yang disalurkan ini tidak akan dilupakan kerana saya percaya UMNO merupakan satu-satunya parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat," katanya.

Rohani Jariff, 56, pula berkata, dengan komitmen yang ditunjukkan Kerajaan Pusat di bawah Perdana Menteri, dia yakin Hulu Selangor akan menjadi milik BN pada pilihan raya kecil Ahad ini.

"Kami tidak akan lupakan jasa baik Perdana Menteri dan sudah pasti kami akan memberikan sokongan kepada kerajaan," katanya.

Mazlan Abu Bakar, 54, pula berharap penghuni rumah pangsa terutamanya di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung menghargai keikhlasan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri.

"Beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat dan kami yakin kepimpinannya akan membawa perubahan dalam membela nasib rakyat di negara ini," katanya.

Azuma Meor Sleman, 39, berkata, dia dan keluarga cukup gembira kerana kediaman mereka akan berubah tidak lama lagi.

"Saya cukup terharu dan berharap Perdana Menteri akan membangunkan Bukit Beruntung sebagai sebuah kawasan yang maju," katanya

158 peneroka dapat pinjaman RM6.1

Utusan Malaysia

HULU SELANGOR 22 April - Sebanyak 158 peneroka Felda di empat kawasan di sini menerima pinjaman perumahan tanpa faedah yang keseluruhan berjumlah RM6.1 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi membaik pulih atau membina semula rumah asal di tanah rancangan.

Peneroka-peneroka tersebut adalah dari Felda Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan, Gedangsa dan Soeharto yang terletak dalam Parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peruntukan itu diluluskan sendiri oleh Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April lalu.

''Mereka yang layak diberi pinjaman RM30,000 hingga RM40,000 seorang kerana Perdana Menteri mahu peneroka tinggal dalam ceria dan indah.

''Ini juga sebahagian daripada transformasi yang mahu dilakukan kepada peneroka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman perumahan kepada 49 peneroka Felda Soeharto di sini hari ini.

Ahmad menambah, peneroka hanya perlu membayar kurang RM300 sebulan yang diperoleh daripada hasil kebun sawit bagi tempoh 20 tahun sehingga pinjaman selesai.

Dalam perkembangan lain beliau yang juga Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) memberitahu hasil kempen yang sepadu daripada semua parti komponen menyaksikan sokongan pengundi terhadap calon BN, P. Kamalathan pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor Ahad ini, semakin meningkat.

Namun beliau mengingatkan jentera BN jangan mudah yakin dan leka lebih-lebih lagi tempoh dibenarkan berkempen tinggal dua hari lagi kerana dalam pilihan raya kecil pelbagai perkara boleh berlaku.

Katanya, walaupun kini hampir setiap hari ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan ia merupakan satu bonus kepada BN tetapi jentera parti tidak boleh terlalu yakin dengan perkembangan tersebut.

''Saya menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyebut calon BN akan memang. Kita tidak boleh percaya kerana tidak tahu apa sebenarnya strategi PKR pada saat-saat akhir.

''Sebaliknya jentera BN perlu bekerja keras sehingga pukul 4.59 petang Ahad ini iaitu sehingga pintu pusat mengundi ditutup walaupun bukan dalam bentuk berkempen," jelasnya.

Malah kata Ahmad, beliau juga dimaklumkan bahawa PKR dikatakan akan membawa masuk banyak kenderaan memenuhi jalan-jalan di kawasan membuang undi bagi menakutkan orang ramai untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari tersebut.